Premium
Rudy bertemu cinta dengan peminat setia
Sep 15, 2016 | 5:30 AM

CINTA MEKAR DI HATI: Rudy Djoharnaen (kiri) mengenali bakal isterinya, Sheril Afida, empat tahun lalu sebagai peminat setia yang mengikuti catatan blognya. - Foto UKHTI AMINAH OF LADY TEE PHOTOGRAPHY -
CINTA antara mereka datang bukan di saat mata mula bertentang mata empat tahun lalu.
Penyanyi muda berjiwa lama, Rudy Djoharnaen Mohamed Hussain, menyifatkan bakal isterinya, Sheril Afida Mohd Aziz, hanya sebagai peminat setia yang mengikuti setiap perkembangannya bermula dengan catatan blog.

