Topik diikuti
Pergi ke BHkuRuang kerja firma permulaan cetus idea
Dalam dunia seni bina, ruang kerja atau tempat tinggal bersama merupakan perkara lumrah yang kerap dibincangkan. Bagi mencabar pelajar reka bentuk dan seni bina di Politeknik Temasek agar memikirkan tentang bangunan bijak yang menggalak perkongsian ruang kerja dan kediaman, program bekerja sambil belajar dan peraduan kreatif diadakan. BERITA HARIAN melaporkan.
Ruang kerja firma permulaan cetus idea
SEBAGAI anak muda yang gemar menebar rangkaian kenalan dan dambakan suasana kerja kreatif, Cik Nur Amirah Natasha Alfian, dapat membayangkan ruang pejabat inovatif yang bakal diwujudkan kelak.
Berkongsi ruang kerja dengan pekerja firma lain mahupun memiliki kediaman yang letaknya di bawah satu bumbung dengan pejabat sendiri menjadi satu perkara biasa buat generasi milenial sepertinya.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
