Premium
Rossa diulit cinta teman lama
Aug 5, 2020 | 5:30 AM
ROSSA: Kongsi rahsia hati dengan mendedahkan sudah menemui seseorang menerusi program Di Balik Pintu yang disiarkan pada saluran YouTube Boy William, baru-baru ini. - Foto fail -
VIRUS cinta sering menyerang penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta ini sejak menjalani hidup solo lebih sedekad lalu. Namun, hingga hari ini, masih belum ada satu pun yang menjangkitinya.
Jika ada pun kedengaran Datuk Seri Rossa, 42 tahun, menjalin hubungan dengan beberapa lelaki, namun akan segera dinafikan penyanyi terkenal Indonesia itu sambil menyifatkan ia hanyalah gosip semata-mata.

