Pengguna Berdaftar
Rindu masakan Melayu, suasana kecoh bazar Raya
Oct 8, 2023 | 5:30 AM
KELUARGA BAHAGIA: Encik Zaidi Ghazali (kiri) bersama isteri, Cik Aslinda Bakiah Duriban dan anak-anak mereka, Aila (kiri) dan Arya. - Foto BM oleh ISMAWATI ISMAIL
Jodohnya menanti di rantauan.
Begitulah kisah cinta warga Singapura, Encik Zaidi Ghazali yang bertemu cinta hatinya, seorang wanita Australia, namun berketurunan Melayu-Islam, asal dari negara ini.
Isteri Encik Zaidi, Cik Aslinda Bakiah Duriban lahir dan dibesarkan di Australia. Namun, ibu bapa Cik Aslinda, Encik Bakiah Duriban dan Cik Satipah Amat, seorang suri rumah, berasal dari Singapura. Encik Bakiah pernah bekerja di perindustrian perkapalan dan kededuanya telah menetap di Perth lebih empat dekad lamanya.
Laporan berkaitan
Seronok teroka Tasmania nan permaiJun 9, 2023 | 7:01 PM
Nak makan apa di Perth?Aug 25, 2023 | 10:26 AM

