Topik diikuti
Pergi ke BHkuRiezman Khuzaimi nikahi usahawan, bakal bulan madu di Makkah
Riezman Khuzaimi nikahi usahawan, bakal bulan madu di Makkah
KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia, Riezman Khuzaimi, 46 tahun, yang menamatkan zaman duda minggu lalu, berkata beliau akan berbulan madu di Makkah bersama isteri Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47 tahun, pada bulan depan.
Sebelum itu, katanya, beliau dan usahawan yang mendapat julukan 'Iron Lady' itu akan menyelesaikan segala urusan majlis persandingan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di sebuah hotel Shah Alam.
