Premium
Revolusi Khairudin demi masa depan
Dec 27, 2020 | 5:30 AM
REVOLUSI: Tahun ini telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan Khairudin Samsudin. Selain kesihatannya, beliau telah mendaftarkan diri untuk menyertai beberapa kursus untuk mahirkan diri dari segi pendigitalan. - Foto fail -
2020 memberi kesan bukan sedikit kepada semua manusia di dunia kerana pandemik Covid-19, namun di sebalik bencana, tetap ada kebaikan yang menjadi sumber kekuatan untuk sesetengah insan memperbaiki kehidupan dengan lebih baik. BERITA MINGGU mengetengahkan perkongsian tiga personaliti tempatan yang telah melalui cabaran tersendiri tetapi kini bangkit untuk memulakan 2021 dengan lebih bersemangat dan positif.
TAHUN 2020 banyak memberi kesedaran yang mendorong pelakon, pengarah dan hos televisyen, Khairudin Samsudin untuk mengubah gaya hidupnya.

