Pengguna Berdaftar
Repvblik ingin sentuh hati peminat dengan lagu hit
Dec 16, 2023 | 5:30 AM
REPVBLIK: Anggota kumpulan band asal Bogor ini, (dari kiri, belakang, mengikut putaran jam), Lafi Hariyatulafian, Bachtiar Rahman Hamzah, Heri Masrulah Achmad dan Ruri Herdian Wantogia, tidak sabar menghiburkan peminat di Singapura dengan pelbagai lagu cinta pada 17 Disember. - Foto INSTAGRAM REPVBLIK
Kisah cinta yang dilukai, sakit hati kerana kasih yang berjauh hati dan janji yang tidak mampu ditepati sering menjadi tema lagu band Indonesia, Repvblik, yang hampir 20 tahun berada dalam industri muzik Nusantara.
Mulai 5 petang, 17 Disember, band asal Bogor, Jawa Barat, yang dianggotai Ruri Herdian Wantogia, Heri Masrulah Achmad, Lafi Hariyatulafian dan Bachtiar Rahman Hamzah, akan membuat persembahan di Teater Mediacorp, bagi mengubati rindu peminatnya di Singapura.
Laporan berkaitan
Malam ‘Galau’ tidak kacau-bilauDec 14, 2023 | 11:07 AM
Ungu disayangi walau datang S’pura berkali-kaliNov 16, 2023 | 4:49 PM

