Topik diikuti
Pergi ke BHku'Redha' menang tiga anugerah di Russia
Premium
'Redha' menang tiga anugerah di Russia
'Redha' menang tiga anugerah di Russia

KEMENANGAN BERMAKNA: Barisan pelakon lelaki filem tentang autisme, Nam Ron (kiri) dan Harith Haziq (kanan) memenangi Anugerah Barisan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kazan di Kazan, Russia. Di tengah ialah pelakon pembantu, Remy Ishak. - Foto CINEMA.COM -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 15, 2016 | 5:30 AM
REZEKI berpihak pada filem tentang anak autisme, Redha, sekali lagi apabila ia merangkul tiga anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Kazan di Kazan, Russia, baru-baru ini.
Akhbar Utusan Malaysia memetik kenyataan pengarah filem tersebut, Tunku Mona Riza, bahawa filem arahannya itu menerima dua anugerah khas, Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi dan Anugerah Khas Pengkritik Filem Russia.
