Premium
Ratu Dangdut, Diva Pop kekal hebat
Jul 2, 2019 | 5:30 AM
TARIKAN SEMBERANI: Ratu Dangdut, Zaleha Hamid (kiri) membuai penonton di Teater Luar Esplanade dengan irama dangdut malar segar serta jenaka selambanya manakala Diva Pop, Hetty Koes Endang (kanan) pula dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu cintanya yang mengembalikan nostalgia. - Foto-foto BH oleh KHIDHIR ASYRAF MAHBOB/ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY -
Dengan jenama Pesta Raya kini lebih mantap memandangkan ia masuk tahun ke-18 dianjurkan Esplanade, misinya lebih meluas dalam mendekati cita rasa masyarakat. Sepanjang empat hari berturut-turut pesta ini diadakan hujung minggu lalu, ia menarik perhatian golongan muda belia mahupun yang lebih berusia. BERITA HARIAN melaporkan di sekitar beberapa acara utama pesta tahunan ini.
COGAN kata yang sering disebut-sebut pengamat dunia hiburan seberang Tambak iaitu 'Otai (old-timer) masih berbisa' terbukti benar apabila dua legenda muzik menggegarkan dua pentas Esplanade berasingan, Jumaat lalu.

