Topik diikuti
Pergi ke BHkuRahimah belajar dari minda canggih anak muda
Rahimah belajar dari minda canggih anak muda
WALAU pengalamannya dalam bidang seni sudah mencecah lebih lima dekad, masih ada perkara baru yang ingin dipelajari Rahimah Rahim daripada generasi penyanyi muda.
Lantaran itu, apabila diundang 'crooner' setempat, Rudy Djoe, bagi mewarnai persembahan digital Dari Kalbuku yang disiarkan di YouTube dan Facebook malam ini, ia bak pucuk dicita, ulam mendatang buat Rahimah, 65 tahun.
