Premium
'Pondok foto' segera rakam kenangan selamanya
Dec 10, 2016 | 5:30 AM
'PONDOK FOTO' MENYERONOKKAN: FabuLens Productions mengerahkan pasukannya, yang terdiri daripada (dari kiri) Encik Ahmad Yani Zulkifly, Cik Nur Razanah Razak dan Encik Muhammad Shakir Tukimin, ke salah satu majlis perkahwinan yang memerlukan tema warna-warni keceriaan. FabuLens Productions turut menaja 'pondok foto' di majlis Amar Baharin dan Amyra Rosli di The Ballroom@East Coast baru-baru ini. - Foto FABULENS PRODUCTIONS -
PEMINAT yang diundang khas ke majlis perkahwinan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli pastinya ingin merakam gambar kenangan bersama mempelai popular itu.
Bagaimanapun, tidak cukup dengan foto yang dirakam dengan telefon bimbit, mereka juga inginkan foto yang siap dicetak segera bagi simpanan dalam album.

