Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyanyi dangdut Masnie bukan tidak sudi bertanding...

TERUJA SERTAI GAH(KUSTIK): Masnie Mohamad (kanan) yang pernah menjadi bakat remaja handalan dalam irama dangdut di Singapura berpadu suara dengan bekas vokalis band lama Justice, Ismail Gani, dalam lagu Menunggu Nasi Minyak. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER
Penyanyi dangdut Masnie bukan tidak sudi bertanding...
APABILA nama penyanyi irama dangdut di Singapura, Masnie Mohamad, tiada dalam senarai wakil ke peraduan realiti dangdut D'Academy Asia di Indonesia, ramai tertanya-tanya, "Mengapa?"
Ternyata, penangan ibu seorang anak berusia empat tahun itu masih wujud setelah lebih dua dekad beliau mewarnai persada seni tempatan.
