Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenulis lirik terkesima dengan perjuangan tokoh wanita Islam
Sep 24, 2020 | 5:30 AM
Penulis lirik terkesima dengan perjuangan tokoh wanita Islam
APABILA difikirkan perjalanan seninya sebagai penulis lirik, Cik Hartinah Ahmad tidak pernah membayangkan dapat menghasilkan sehingga 70 lirik buat legenda yang disegani, Datuk Ramli Sarip.
Malah, ketika baru-baru diperkenalkan dengan Ramli yang ketika itu masih bergiat dengan band Sweet Charity, beliau yang menghasilkan lirik buat kumpulan nasyid Al-Mizan dan merupakan aktivis masjid terfikir mampukah liriknya 'ngam' dengan melodi rok?
