Premium
Pengalaman di Lembah Silikon merangsang minda
Apr 9, 2017 | 5:30 AM
TERBUKA MATA LIHAT DUNIA: Walaupun daripada jurusan pentadbiran perniagaan, Cik Rafikah memenangi peraduan mencipta aplikasi permainan beli-belah KingFashion di Lembah Silikon, dek kesediaan dan kesungguhan mencuba sesuatu yang baru dan memerlukan keberanian, seperti sukan terjun udara. - Foto ihsan RAFIKAH HALIM -
SEBAGAI lulusan diploma pentadbiran perniagaan daripada Politeknik Singapura (SP) yang kini mahasiswa Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Rafikah Halim lebih condong pada dunia perniagaan dan bukan teknologi maklumat.
Bagaimanapun, berkat kesungguhan mempelajari sesuatu yang baru, beliau memenangi peraduan hackathon sedunia, API World Hackathon, di Lembah Silikon, Amerika Syarikat, tahun lalu.

