Pemuzik, asatizah hasilkan lagu kerohanian sempena Maulidur Rasul
Premium
Pemuzik, asatizah hasilkan lagu kerohanian sempena Maulidur Rasul
Nov 23, 2019 | 5:30 AM
SEBAR CINTA RASULULLAH: Wadah media satu perhentian Muslim.SG yang diwakili pengendali bersama, Ustaz Ridhwan Mohd Basor (kanan di belakang) dan Cik Suriana Selamat (kiri di depan) berusaha mengetengahkan sumbangan kreatif pemuzik tempatan, Nabillah Jalal (kanan di depan), (belakang dari kiri) Bakti Khair dan Reyza Hamizan. Mereka menghasilkan lagu 'Kau Yang Kenalkan Cinta' sempena sambutan Maulidur Rasul dengan ia menarik lebih 20,000 tontonan di Facebook, Instagram dan YouTube. - Foto BH oleh HARYANI ISMAIL -
SEWAKTU diamanahkan tugas mencipta lagu pembawa iktibar tentang rasa cinta Nabi Muhammad saw terhadap setiap ciptaan, perbuatan dan interaksi seharian, Reyza Hamizan dan Bakti Khair teruja bercampur gementar.
Dua pemuzik muda Singapura ini akur persada seni tempatan memerlukan karya seni yang dapat menyebar nilai-nilai moral yang boleh dijadikan sandaran selari dengan tuntutan masyarakat.

