Premium
Pelbagai cabaran jalani umrah tanpa pakej
Feb 4, 2018 | 5:30 AM

TETAP GEMBIRA: Encik Ali Abbas bersama keluarganya termasuk isteri, Cik Naeem Talat, anak perempuannya, Menahal, dan anak lelakinya, Saif Ali Khan, tetap gembira dapat menunaikan hajat ke tanah suci secara sekeluarga meskipun melalui pengalaman kurang menyenangkan menerusi umrah persendirian. - Foto ihsan ALI ABBAS -
Teknologi masa kini membolehkan ramai penduduk setempat menempah bukan sahaja hotel penginapan dan tiket pesawat untuk percutian, malah untuk menunaikan ibadah umrah juga. Namun, apakah baik buruknya mengerjakan umrah secara sendirian atau 'do-it-yourself' (DIY) ini? Apakah pertimbangan yang perlu dibuat sekiranya ingin memilih cara ini untuk mengerjakan umrah? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) meninjau.
SEBANYAK dua kali Encik Ali Abbas menunaikan ibadah umrah secara solo.

