Topic followed successfully
Go to BHkuPelawak Mahadi Shor meninggal dunia
Pelawak Mahadi Shor meninggal dunia
Pelawak Mahadi Shor meninggal dunia
Pelawak Mahadi Shor, 75 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.45 pagi 27 Mac.
Ini disahkan isterinya, Cik Tiasa Bujang, 73 tahun, ketika dihubungi Berita Harian (BH).
Allahyarham, yang juga dikenali sebagai Obe Didi, meninggal dunia ketika berada di Rumah Jagaan Kesihatan NTUC, setelah mengalami beberapa penyakit yang melarat.
Ini termasuk sakit ginjal akibat kencing manis, sakit jantung dan sejak 2025, barah di bahagian mulutnya, menyebabkan beliau tidak dapat bercakap dan menghadapi kesukaran untuk makan.
Difahamkan, Allahyarham juga menghidap demensia dan daya ingatannya lemah.
Jenazah akan dimandikan di Pusara Aman dan dijangka dikebumikan lepas solat Jumaat.

