Premium
Pastri air tangan Shireen perkasa niaga Wisnu
Dec 29, 2016 | 5:30 AM
UBAH TUMPUAN: Pasangan suami isteri Shireen Sungkar dan Teuku Wisnu yang pernah menerajui sinetron popular 'Cinta Fitri', kini fokus pada tugasan lain, dengan Teuku Wisnu memajukan perniagaan pastri oleh-olehnya, Malang Strudel. - Foto ANEKA INFO UNIK -
SUDAH lama tidak kedengaran berita pasangan ideal sinetron Cinta Fitri, Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar, yang sudah tiga tahun membina bahtera sebagai suami isteri yang rukun hidup bersama.
Selepas mempunyai seorang cahaya mata dan menantikan kelahiran seorang lagi, Teuku Wisnu dan Shireen sudah mengambil keputusan berundur daripada dunia lakonan meskipun menerima tawaran mengacara bagi program tertentu.

