Topik diikuti
Pergi ke BHku'Orang lama', tetap popular
Premium
'Orang lama', tetap popular
'Orang lama', tetap popular
PERJUANGAN TIDAK KENAL ERTI PENAT: Empat penggiat seni berikut, (dari kiri, atas, mengikut putaran jam), Kisma Johar, Ning Baizura, Liza Hanim dan Vanidah Imran antara calon awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). - Foto INSTAGRAM KISMA JOHAR, NING BAIZURA, LIZA HANIM, VANIDAH IMRAN -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 21, 2021 | 5:30 AM
MEREKA bukan muka baru dalam bidang seni yang kini begitu dikuasai golongan anak muda yang bergelar 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).
Namun, empat nama dalam dunia hiburan Malaysia ini nampaknya berada dalam liga tersendiri dan kekal relevan setelah hampir tiga dekad bergelumang dalam dunia seni. Pelakon veteran Kismah Johar serta pelakon jelita Vanidah Imran serta penyanyi bersuara emas, Ning Baizura dan Liza Hanim, masing-masing kekal ampuh dan diangkat sebagai calon awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 yang dilancarkan baru-baru ini.
