Topik diikuti
Pergi ke BHkuNur(adee) kini semakin cergas
Premium
Nur(adee) kini semakin cergas
Nur(adee) kini semakin cergas
BAKAL LANCARKAN ALBUM: Dengan keadaan Mohd Noor Abdullah (Nur) dari kumpulan Nuradee (duduk) yang kian pulih, Nur akan kembali aktif bersama abangnya, Rasid Abdullah atau lebih dikenali sebagai Adee. - Foto BM oleh HANIM MOHD SALEH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 16, 2019 | 5:30 AM
SEORANG lagi artis yang mengalami masalah sakit di bahagian kaki ialah Mohd Noor Abdullah (Nur) dari kumpulan Nuradee, yang pada awal tahun ini diserang kuman bangkai ikan.
Nur, seperti dalam laporan Berita Minggu lalu, hampir kehilangan kaki kirinya apabila doktor mendapati kakinya menghitam dan membusuk selepas beberapa hari terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air hanyir di sebuah pasar di Johor Bahru (JB).
