KEUNIKAN dunia muzik Melayu tempatan pada tahun 1970-an dan 1980-an terletak pada beberapa lagu 'hit' yang merupakan saduran pada lagu Inggeris popular pada zaman itu.

Lagu saduran yang sebahagian besarnya membawa pengertian serupa dengan lagu asal dalam bahasa Inggeris benar-benar mewarnai persada seni ketika itu malah masih lagi kekal sebagai irama malar segar yang dipuja ramai.