Topik diikuti
Pergi ke BHkuOscar semakin warna-warni
Premium
Oscar semakin warna-warni
Kehadiran seniman bukan kulit putih unggul dalam filem Hollywood telah lama disedari, diiktiraf tetapi mereka bak sebutir mutiara dalam seribu yang menyinar di tengah-tengah senarai panjang pemenang Oscar sebelum ini
Oscar semakin warna-warni
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 27, 2021 | 5:30 AM
INI adalah tahun yang paling berencam dalam sejarah Oscar dengan Hollywood membuat kemajuan besar apabila menyertakan lebih ramai calon dari kalangan kulit berwarna untuk dinilaikan sebaris dengan para pelakon kulit putih yang selama ini menguasai Anugerah Akademi.
Lihat hasilnya apabila kepelbagaian ini tidak hanya tinggal kata-kata atau di senarai pencalonan sahaja, sebaliknya di antara mereka berjaya menjulang trofi yang mungkin selama ini setakat menjadi angan-angan, terutama di kalangan seniman Asia.
