Premium
'Nakhoda' kemudi pelayaran fahami ragam si cilik
Aug 26, 2018 | 5:30 AM
GAGAHI MISI BARU: Fadli Kamsani pastikan beliau peka tentang apa yang disampaikan dalam susunan ayat yang betul tatabahasanya ketika menggalas peranan sebagai Nakhoda yang memperjuangkan bahasa Melayu. - Foto BM oleh ZALEHA ABDUL KADER -
TUBUH sasa dan kemahiran bersilat bakat tempatan, Fadli Kamsani, menjadi faktor tumpuan suami isteri, Adi Yadoni dan Wahyu Rahman, sebelum amanah selaku 'Nakhoda' program Misi Wira Bahasa, diserahkan kepadanya.
Sejurus seragam futuristik pula disarung, pengacara dan pelakon ramah berusia 25 tahun itu terasa bersemangat persis wira Power Rangers kegemarannya yang ingin berjuang demi kesejahteraan orang sekeliling.

