Premium
'With Love' hadiah MLTR buat peminat
May 24, 2016 | 5:30 AM
KEKAL RELEVAN: Band popular dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR), yang terdiri daripada (dari kiri) Mikkel Lentz, Jascha Richter dan Kare Wanscher, mahu kekal relevan dan terus berjuang selepas 25 tahun dalam industri muzik. - Foto EMI -
BAND Denmark Michael Learns To Rock (MLTR) menutup tirai konsert ulang tahun ke-25 mereka di China baru-baru ini, dengan menerbitkan album EP baru bertajuk With Love.
Album tersebut mengandungi dua lagu baru, Dream Girl dan Crushing Blue, serta dua lagi single yang diterbitkan dalam tempoh enam bulan lalu, I'll Wait For You dan We Shared The Night.

