Topic followed successfully
Go to BHkuWany Hasrita
Premium
Wany Hasrita
Lembut tapi lasak, tetap tenang walau diasak
May 7, 2019 | 5:30 AM
Wany Hasrita
MASAK DENGAN ASAM GARAM DUNIA SENI: Dalam tempoh tiga tahun bergelar artis rakaman, Wany Hasrita telah melalui pasang surut kehidupan dan berusaha tidak membiarkan kecaman 'netizen' mengguris hatinya. - Foto BH oleh ZAKHIR HIRUZA -
DENGAN wajah ayu dan tutur kata sopan lagi berisi, penyanyi tinggi lampai dari seberang Tambak, Wany Hasrita, disifatkan lautan peminatnya sebagai selebriti cantik dengan kebijaksanaan.
Dalam masa singkat berjuang dalam industri seni selama tiga tahun, Wany, yang nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26 tahun, telah melalui putaran roda seni - dijulang mahupun dikecam.

