SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kejayaan manis setelah lama jatuh bangun cipta nama

Pengguna Berdaftar

Kejayaan manis setelah lama jatuh bangun cipta nama

Marsha Milan, Nadeera Zaini, Ernie Zakri dan Aina Abdul kongsi persamaan perjalanan seni penuh onak duri sebelum dijulang tinggi
Feb 18, 2025 | 5:30 AM

Kejayaan manis setelah lama jatuh bangun cipta nama

Kenangan manis tercipta di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) di Axiata Arena pada 16 Februari, dengan (dari kiri) naib juara, Nadeera Zaini; juara, Marsha Milan Londoh; dan pemenang Anugerah Vokal Terbaik, Ernie Zakri, mensyukuri kejayaan selepas berhempas-pulas dalam kerjaya seni.
Kenangan manis tercipta di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) di Axiata Arena pada 16 Februari, dengan (dari kiri) naib juara, Nadeera Zaini; juara, Marsha Milan Londoh; dan pemenang Anugerah Vokal Terbaik, Ernie Zakri, mensyukuri kejayaan selepas berhempas-pulas dalam kerjaya seni. - Foto TV3

Selama 20 tahun membina kerjaya dalam bidang seni suara, Marsha Milan Londoh, mengakui banyak jerih payah dan jatuh bangun yang diharunginya.

Tidak mudah baginya mencipta nama meskipun beliau merupakan pemenang tempat keempat bagi Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 dan merupakan finalis pertandingan AF Megastar (gabungan peserta handalan AF dari pelbagai musim) pada 2017, yang juga membawa pulang Anugerah Terlajak Megastar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg