Jururawat asal Sabah rebut peluang kerja, belajar di S'pura
Premium
Jururawat asal Sabah rebut peluang kerja, belajar di S'pura
Jun 27, 2018 | 5:30 AM
JURURAWAT DARI SEBERANG: Cik Sahrulniza Haslindah Abdul Ghani, yang berasal dari Telipok, Sabah, kini merupakan jururawat di Hospital Besar Singapura (SGH) dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS). - Foto MDIS -
MESKIPUN sudah meraih diploma dalam bidang kejururawatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2013, ia masih sukar bagi Cik Sahrulniza Haslindah Abdul Ghani mendapatkan pekerjaan sebagai jururawat di Seberang Tambak.
Beliau yang dilahirkan di Telipok, Sabah terpaksa menganggur selama dua tahun dan bekerja sambilan di beberapa hotel dalam bidang hospitaliti - sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang yang dipelajarinya.

