Premium
JLo dan Ben Affeck kini suami isteri
Jul 20, 2022 | 5:30 AM
PASANGAN MERPATI: Ben Affleck dan Jennifer Lopez yang turut digelar 'Bennifer' menghadiri tayangan istimewa filem Marry Me di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada Februari lalu. - REUTERS -
LOS ANGELES: Bintang Hollywood sensasi, Jennifer Lopez atau JLo, 53 tahun, dan Ben Affleck, 50 tahun, berkahwin di Las Vegas, Sabtu lalu, selepas kembali menjalinkan hubungan yang terputus selama 18 tahun.
Mengikut laporan portal TMZ, pengesahan perkahwinan diperoleh berdasarkan lesen perkahwinan pasangan berkenaan yang difailkan di Clark County, Nevada.

