Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenama gaya hidup Korea Selatan, Wiggle Wiggle buka reruai di S’pura

Dec 7, 2025 | 4:19 PM
Wiggle Wiggle, south korea
Wiggle Wiggle, membuka reruai terbesar setakat ini – dan yang terbesar di Asia Tenggara. Unit reruai Hotel Wiggle di bawah jenama, Wiggle Wiggle, kini berada di Plaza Singapura sehingga 4 Januari. - Foto WIGGLE WIGGLE

Selepas beberapa siri reruai timbul di Singapura bermula pada Mac, jenama gaya hidup Korea Selatan, Wiggle Wiggle, kini membuka reruai terbesar setakat ini – dan yang terbesar di Asia Tenggara – tepat pada masanya sempena musim cuti akhir tahun.

Sehingga 4 Januari, kunjungi reruai Wiggle Hotel bertema hotel di Plaza Singapura, yang telah diubah menjadi ruang ceria dan penuh warna, yang identiti khas jenama itu.

Ia mengetengahkan pelbagai barangan daripada watak yang digemari seperti Wiggle Bear, Little Play Bunny, Smile We Love dan Lobster, lapor The Straits Times (ST).

Harga bermula serendah $1.50 untuk pelekat kalis air hingga $162 untuk gerabak perkhemahan.

Mereka yang membeli-belah juga boleh meneroka ‘kemudahan hotel’ dan sudut yang direka seperti bilik penginapan untuk merakam gambar kenangan, sama seperti di kedai Wiggle Wiggle di luar negara.

Sempena pembukaannya, jenama itu melancarkan barangan perayaan eksklusif untuk Singapura dan hadiah dengan pembelian.

Belanja sekurang-kurangnya $80 dalam satu transaksi pada hari yang sama di Hotel Wiggle, atau $150 di mana-mana pusat beli-belah CapitaLand dalam tempoh dua minggu, untuk menerima Kad Kunci Hotel.

Lebih banyak Kad Kunci Hotel yang dikumpulkan, lebih banyak hadiah Wiggle Wiggle percuma yang boleh ditebus.

Satu kad bermakna pembeli boleh mendapatkan kertas pembungkus perayaan, tiga kad bagi beg berkelah (bernilai $16) dan lima kad bagi beg melancong yang mampat (bernilai $26).

Reruai berlangsung sehingga 4 Januari di Plaza Singapura, #01-01, Orchard Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg