Premium
'Jenama' baru tanpa wajah ada cabaran tersendiri
Sep 1, 2020 | 5:30 AM
PENILAIAN BUKAN LAGI UKURAN: Apabila kumpulan The Sallys yang terdiri daripada (dari kiri) Wantanabe, Abi Dhia dan Roze muncul dengan imej baru menutupi wajah dengan kaca mata hitam dan pelitup tahun lalu sempena 'single' Dhia, mereka hanya mahu berkarya secara ikhlas dan gembira mendapat kelompok pendengar baru yang tidak terdedah pada lagu band mereka sebelum ini. - Foto THE SALLYS -
SELEPAS enam tahun menyepikan diri kerana komitmen kerja dan keluarga, band ska dan pop rok mapan Singapura, The Sallys, muncul dengan kelainan tahun lalu.
Tiga anggotanya, Wantanabe, Abi Dhia dan Roze, kesemuanya 30-an tahun, kembali dengan lagu mesra keluarga, Dhia, tahun lalu.

