Premium
Jenaka bangsawan sindir sayang tentang isu semasa
Dec 17, 2020 | 5:30 AM
DEKATI GENERASI MUDA: Jenaka bangsawan 'Ratu Sanggilagula' yang disajikan percuma di laman YouTube 'Panggung Digital' pada Sabtu dan Ahad ini bertujuan menyemai cinta generasi muda terhadap jenaka bangsawan yang sarat dengan pesanan tentang isu semasa. - Foto PANGGUNG DIGITAL -
DALAM kesibukan mengejar kecanggihan teknologi dalam berseni, jangan dilupakan seni zaman berzaman masyarakat Melayu iaitu bangsawan.
Di dalam usaha menarik generasi muda menghayati warisan budaya bangsawan yang artistik lagi indah ini, sekumpulan penggiat seni daripada Panggung Digital menyajikan jenaka bangsawan Ratu Sanggilagula di YouTube 'Panggung Digital' secara percuma pada 8 malam, Sabtu dan Ahad ini

