SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Inspirasi Kaabah di tengah padang

Inspirasi Kaabah di tengah padang

Nov 18, 2018 | 5:30 AM

Inspirasi Kaabah di tengah padang

Foto BM oleh HARYANI ISMAIL
Foto BM oleh HARYANI ISMAIL -

SENI bina Kaabah di Makkah dan struktur prasejarah Stonehenge di England mencetus inspirasi buat seniman muda, Encik Muhammad Nhawfal Juma'at.

Baginya, kededua mercu tanda ini 'melekat' di hati ramai dengan banyak kisah kemanusiaan berkait rapat dengannya.

Di atas ingatan itulah, beliau menghasilkan seni pemasangan yang diperbuat daripada keluli tahan karat bagi projek Seni Di Kejiranan Anda (AYN).

AYN yang membawa seni dekat dengan penduduk di kawasan kejiranan merupakan anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC)

Karya bertajuk In This Space I Will Find You itu tersergam indah di lelapang menghijau Taman Woodlands Waterfront hingga 25 November ini.

Encik Muhammad Nhawfal, 27 tahun, seorang pensyarah adjung, berkata:

"Kaabah adalah lambang perpaduan dalam kerencaman latar belakang masyarakat.

"Stonehenge pula adalah salah satu keajaiban dunia yang dibina secara bertahap-tahap.

"Secara umum, karya saya ini cuba mengupas gagasan bahawa takrifan sebuah kediaman itu tidak pernah ada kesudahannya sebab proses membinanya sentiasa berterusan."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg