Premium
Ilham 'Kaulah Segalanya' dari mimpi
Mayuni raih banyak anugerah, pernah temui pemain piano Richard Clayderman
Oct 5, 2020 | 5:30 AM
HARGAI SETIAP PELUANG: Selama lebih dua dekad menebarkan kemahiran dan kepakaran muzik, penggubah lagu dan penulis lirik, Mayuni Omar, belajar erti kerja keras, kerendahan dan keikhlasan hati melaksanakan pelbagai projek seni di peringkat kebangsaan, serantau atau dunia. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
Muzik itu penggerak nadi buat dua karyawan ini yang sentiasa rasa diperkasa dek irama baik moden atau tradisional. Dalam tugas harian, mereka juga diamanahkan dengan tugas memperkenal dan memasarkan alat muzik. BERITA HARIAN melaporkan kisah pengurus jualan dan spesialis muzik serta usahawan alat muzik tradisional Melayu. Mayuni raih banyak anugerah, pernah temui pemain piano Richard Clayderman
NYALA rasa Mayuni Omar, penerbit muzik, penulis lirik dan penggubah lagu Singapura yang dikenali sebagai juri peraduan serantau Dangdut Academy Asia (DAA) di Indonesia, tidak pernah terpadam.

