Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikuti ‘Cruise healing’ BH bersama Kak Lina Pom Pom, Ustaz Hannan Hassan dan Suhaimi Yusof

Pelayaran beri peluang kepada peserta cari kembali ketenangan diri dan menyegarkan semula jiwa dan rohani setelah sebulan menyambut Hari Raya
Jan 11, 2026 | 5:30 AM
Elly Mazlein
Elly Mazlein - Foto ihsan ELLY MAZLEIN

Buat julung kalinya, Berita Harian (BH) akan menganjurkan pelayaran khas untuk pembacanya, dari Singapura ke Melaka.

Perjalanan ‘healing’ selama tiga hari dua malam, dari 26 hingga 28 April 2026, akan belayar dengan megah menggunakan kapal persiaran Genting Dream.

Pelayaran ini dirancang untuk memberi peluang kepada peserta mencari kembali ketenangan diri dan menyegarkan semula jiwa dan rohani setelah sebulan menyambut Hari Raya.

Mengulas usaha ini, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata:

“‘Cruise healing’ ini merupakan sebahagian usaha BH untuk mendekati pembaca sejajar dengan terbentuknya ruangan Kaki Jalan sebagai salah satu tonggak kandungan akhbar ini.

Kami berharap usaha ini dapat merapatkan hubungan BH bersama pembaca supaya akhbar ini dapat terus memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat Melayu setempat.”

Sepanjang pelayaran, peserta akan dihiburkan oleh penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak dari Malaysia, Elly Mazlein – juga mesra disapa ‘Kak Lina Pom Pom’ – yang akan digandingkan bersama personaliti terkenal Singapura, Suhaimi Yusof.

Selain mencetuskan gelak tawa, kedua-dua personaliti bakal berkongsi tentang perjalanan hidup dan liku-liku yang mereka tempuhi.

Turut hadir memberi bimbingan kerohanian ialah mantan Timbalan Mufti, Ustaz Hannan Hassan, yang akan memimpin doa, solat jemaah di bawah langit malam serta memberi ceramah yang bertujuan membangkitkan semangat peserta.

Ustaz Hannan mengalu-alu penyertaan pembaca dan berharap peserta dapat meraih pengalaman unik dalam suasana santai.

“Ini bukan hanya suatu pelayaran fizikal, tetapi pelayaran kerohanian dan mental, mencari ketenangan jiwa bersama keluarga, taulan dan teman-teman baru, di lautan indah dan di bawah taburan bintang yang memukau. Jarang sekali kita dapat merasakan keindahan dan ketenangan jiwa seperti ini,” katanya.

Genting Dream akan berlabuh berdekatan bandar Melaka yang menawarkan pemandangan indah landskap dan pantai sekeliling.

Penumpang yang turun dari kapal boleh menikmati perjalanan singkat menaiki bot tender melalui Sungai Melaka ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Dari situ, penumpang hanya perlu berjalan dalam 15 minit untuk ke nadi Melaka, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang menampilkan bangunan kolonial merah Dutch Square, dan Jonker Street, yang terkenal dengan pilihan baik membeli-belah, makan dan hiburan.

Harga bermula dari $299 seorang bagi bilik ‘Interior Stateroom’ yang dikongsi dua orang.

Bagi pemegang kad DBS/POSB, terdapat diskaun tambahan sebanyak 5 peratus, menggunakan kod DBS5.

Mereka yang berminat boleh menempah menerusi laman www.stardreamcruises.com atau menghubungi Dream Cruises di talian 800 852 8188.

ATUR CARA

Hari pertama:

- Sesi kenal suai oleh Suhaimi Yusof dan Kak Lina Pom Pom setelah makan malam

- Solat isyak berjemaah dan sesi renungan bersama Ustaz Hannan Hassan di bawah bintang

Hari Kedua:

- Solat subuh berjemaah dan sesi renungan diri bersama Ustaz Hannan Hassan

- Jalan-jalan di sekitar Melaka bersama Kak Lina Pom Pom, Suhaimi Yusof dan Ustaz Hannan Hassan

- Sesi dari hati ke hati setelah makan malam dan dendangan lagu oleh Kak Lina Pom Pom

- Sesi permainan secara berkumpulan

Hari Ketiga

- Solat subuh berjemaah bersama Ustaz Hannan Hassan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg