Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbu 4 anak termasuk sepasang kembar tukar kerjaya selepas genggam ijazah
Dalam kesibukan membangun kerjaya dan mengurus rumah tangga, dua ibu ini gigih mengejar impian meraih segulung ijazah. Kededuanya yang berkongsi persamaan membesarkan anak kembar selain dua anak lain juga menggagahkan diri mereka berpindah kerjaya lebih mencabar. Rabu lalu, mereka antara lulusan Universiti SIM (UniSIM) yang menutup tirai pengajian berkat kegigihan membahagikan masa. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan. Gagahi tugas pekerja sosial didorong majikan di PPIS
Ibu 4 anak termasuk sepasang kembar tukar kerjaya selepas genggam ijazah
HATI Cik Yuliza Wati Mohamad Yusoff berdebar-debar menangani kes pertamanya sebagai pekerja sosial yang melibatkan percubaan membunuh diri seorang ibu dan dua anaknya.
Tatkala berdepan dengan wanita bukan Melayu yang dibelenggu masalah kewangan, kemurungan dan krisis rumah tangga itu, beliau tertanya-tanya: "Apakah ini cabang kerjaya yang ingin diceburi selepas bertahun selesa menjadi penyelia pusat jagaan pelajar?"
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
