Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.

Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin muncul di pentas dengan lagu nostalgia pop yeh yeh, Kenanganku dan Seruling Anak Gembala.