SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wajah anak ketiga Izara Aishah pertama kali didedahkan di Instagram

Wajah anak ketiga Izara Aishah pertama kali didedahkan di Instagram

Turut memperkenalkan nama cahaya mata perempuan, Tahara Alima
Apr 15, 2026 | 11:54 AM

Wajah anak ketiga Izara Aishah pertama kali didedahkan di Instagram

Izara Aishah, Adib Khalid, Tahara Alima, anak Izara Aishah, Irisa Alaia, Amara Amina, selebriti Malaysia, kelahiran bayi artis 2026
Anak ketiga pasangan Izara Aishah dan Muhammad Adib Khalid, Tahara Alima Muhammad Adib. - Foto INSTAGRAM ADIB_KHALID

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Izara Aishah, Muhammad Adib Khalid, akhirnya mendedahkan wajah anak ketiga mereka buat kali pertama selepas kelahiran bayi itu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adib, 36 tahun, turut memperkenalkan nama cahaya mata perempuan mereka, Tahara Alima.

Menurut Adib, kehadiran permata hati terbaharu itu melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga yang dibina, selain disifatkan sebagai anugerah tidak ternilai, lapor Berita Harian Malaysia.

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima Muhammad Adib.

“Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” tulisnya.

Perkongsian video itu turut memaparkan detik menyentuh hati apabila anak sulung mereka, Irisa, dilihat menggendong adiknya dengan penuh keterujaan.

Dalam pada itu, Adib merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan ucapan buat keluarga mereka.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.

“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak solehah. Amin,” katanya.

Terdahulu, berita kehamilan Izara dikongsi pada awal Februari lalu menerusi hantaran jenama fesyen yang bekerjasama dengannya bagi koleksi Hari Raya.

Izara atau nama penuhnya, Izara Aishah Hisham, mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6 tahun; Amara Amina, 3 tahun; dan Tahara Alima.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg