Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli ‘masih belum berubah’

Nov 20, 2025 | 2:33 PM
Uqasha Senrose, Kamal Adli, cerai, perkahwinan
Perkahwinan pasangan pelakon Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, yang dibina selama empat tahun kini bergolak. Uqasha berkata keputusan untuk berpisah adalah kerana enggan lagi terbeban dengan masalah yang berlaku dalam rumah tangga. - Foto INSTAGRAM KAMALADLI

Ketika berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Uqasha Sensore, mendakwa beliau sudah memberi peluang kepada suaminya, pelakon Kamal Adli, untuk memperbaiki hubungan mereka.

Bagaimanapun Uqasha, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33 tahun, berkata peluang tersebut seakan-akan disia-siakan sehingga beliau membuat keputusan nekad menuntut cerai.

“Saya cuba sedaya upaya. Malah, saya sudah berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami.

“Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa, adik-beradik dan perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya,” katanya kepada laman web, mStar.

Uqasha ditemui selepas prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 November.

Pelakon itu menambah, keputusan untuk berpisah adalah kerana enggan lagi terbeban dengan masalah yang berlaku dalam rumah tangga.

Malah, beliau juga sekali lagi memberi bayangan seolah-olah perkahwinan tersebut sudah lama tidak bahagia.

“Saya dan anak nak selamatkan diri daripada kemudaratan.

“Setelah dipersiakan, saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah,” tegasnya.

Dalam prosiding yang berlangsung, Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali, menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Ugaira, yang kini berusia 19 bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg