SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang

Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang

Mar 28, 2026 | 10:34 AM

Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang

Syed Saddiq berkongsi saat gembira bersama Bella Astillah di majlis pertunangan mereka pada 28 Mac.
Syed Saddiq berkongsi saat gembira bersama Bella Astillah di majlis pertunangan mereka pada 28 Mac. - Foto FACEBOOK MEDIA HIBURAN

MUAR: Anggota Parlimen Muar dan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau lelaki paling bertuah di Bumi selepas bertunang dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Pasangan itu bertunang pada 28 Mac, hari sama Syed Saddiq, 34 tahun, mengumumkan pertunangan tersebut di media sosial.

Dalam ucapannya kepada tetamu, Syed Saddiq berkata:

“Saya berucap bukan sebagai Ahli Parlimen atau pembahas, tetapi sebagai lelaki paling bertuah di bumi ini. Saya dapat melihat sisi berbeza Bella. Dia seorang wanita yang sangat luar biasa, berbakat dan juga ‘iron lady’.

“Mungkin ramai kenal dia di pentas atau melalui kerjayanya, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat. Dalam kepenatan, dia tetap bangkit. Dalam kejatuhan, dia cari jalan untuk berdiri semula. Itu yang buat Bella sangat istimewa.”

Awal dari itu, Syed Saddiq mengakhiri spekulasi mengenai hubungannya dengan Bella menerusi kiriman video di media sosial.

Video itu, yang menunjukkan beberapa klip video termasuk beliau menghadiahkan cincin kepada Bella di puncak Gunung Kinabalu semasa hujan lebat, diiringi dengan teks:

“Saya bertanya, beliau kata iya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

Pasangan itu kali pertama mencetus spekulasi mengenai hubungan mereka apabila mereka muncul mesra bersama dalam beberapa hantaran media sosial sejak 2024. Ini termasuk dalam bentuk iklan bagi satu jenama tempatan.

Merujuk kepada iklan-iklan itu, Syed Saddiq menulis di ruang media sosial:

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta ($1.96 juta) untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.”

Spekulasi mengenai hubungan Syed Saddiq dan Bella memuncak di akhir Ramadan selepas beberapa rakan selebriti menerbitkan kiriman mengusik.

Antara mereka ialah Ben Ali, yang menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen di hantaran Instagram Bella bertulis: “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya.”

Selain itu, ketika menghadiri Absolut Bazaar di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan kepada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima. Bella hanya membalas ringkas: “Insya-Allah.”

Spekulasi semakin rancak apabila segelintir netizen mendakwa abang kepada Encik Syed Saddiq, dikenali sebagai Space Dollah, turut dilihat membuat persiapan pakaian berwarna kuning untuk satu acara penting yang dikatakan bakal berlangsung pada 28 Mac ini.

Sebelum ini, Bella sering mengelak memberikan sebarang jawapan mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah, ketika ditemu bual media.

Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum pasangan itu bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg