SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sufian Suhaimi bakal timang cahaya mata sulung

Sufian Suhaimi bakal timang cahaya mata sulung

Sudah buat persiapan rapi keperluan bayi, namun, akui masih belum sedia mental dan emosi
Apr 14, 2026 | 5:07 PM

Sufian Suhaimi bakal timang cahaya mata sulung

Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat, Sufian Suhaimi anak sulung, isteri Sufian Suhaimi hamil, Rusa Music, berita artis Malaysia, Seloka Lebaran 2026.
Penyanyi, Sufian Suhaimi bersyukur isterinya sihat dan tidak mengalami alahan teruk sepanjang hamil. - Foto NTSP

KUALA LUMPUR: Sufian Suhaimi, 34 tahun, bakal menimang cahaya mata sulung, tidak lama lagi, berikutan isterinya, Rania Al Sadat sedang sarat hamil mencecah 37 minggu.

Sufian sudah membuat persiapan rapi daripada segi keperluan bayi, namun, mengakui masih belum bersedia daripada aspek mental dan emosi, lapor Berita Harian Malaysia.

“Iya betul, saya bakal menjadi bapa.

“Kita sedang menunggu masa sahaja. Daripada segi mental dan emosi, saya masih berdebar-debar.

“Apabila ditanya kawan-kawan, memang tiada yang 100 peratus bersedia apabila menyambut bayi pertama.

“Jadi, saya dalam situasi sama. Namun, secara keseluruhan, saya sangat teruja,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Seloka Lebaran 2026 anjuran Rusa Music pada 13 April.

Sufian berkata beliau mengambil inisiatif mengikuti kelas persediaan menyambut kelahiran bayi.

Selain itu, Sufian berkata urusan menyediakan kelengkapan bayi banyak diuruskan isteri.

“Mestilah isteri yang lebih teruja memilih dan membeli barang bayi.

“Dia ‘add to cart’, saya ‘check out’,” katanya berseloroh.

Sufian bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan.

“Ketika trimester pertama, isteri hanya muntah tidak sampai 10 kali.

“Mengidam pun tiada yang pelik-pelik sebab kami memang suka cari makan.

“Walaupun karakter isteri manja dan lembut, beliau sangat aktif.

“Setiap hari selepas solat subuh, beliau akan minta saya untuk teman berjalan kaki sejauh tiga kilometer,” katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg