Shah Rukh Khan tawar pejabat untuk kuarantin Covid-19
Apr 9, 2020 | 5:28 PM
TURUT PRIHATIN: Bintang filem, Shah Rukh Khan, menawarkan bangunan empat tingkat di kawasan Khar West di Mumbai, yang dilengkapi dengan pelbagai keperluan untuk wanita, kanak-kanak dan warga tua untuk digunakan sebagai tempat kuarantin mereka yang dijangkiti Covid-19. - AFP
MUMBAI: Bintang kesayangan ramai, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan, telah menawarkan pejabat peribadi mereka bagi digunakan sebagai kemudahan kuarantin untuk pesakit Covid-19.
Bangunan empat tingkat di kawasan Khar West di Mumbai, India, telah dilengkapi dengan pelbagai keperluan untuk wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Perbadanan Perbandaran Greater Mumbai menyatakan penghargaan kepada pasangan itu atas niat murni mereka di media sosial.
Di laman Twitternya, Shah Rukh Khan, antara lain menulis: "Kami berdua rasa berterima kasih kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha anda untuk membantu dan menjaga warga Mumbai."

