SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rossa ambil tindakan undang-undang terhadap puluhan fitnah tentang dirinya

Rossa ambil tindakan undang-undang terhadap puluhan fitnah tentang dirinya

Langkah diambil susulan sebaran kandungan manipulasi sehingga jejas reputasi
Apr 15, 2026 | 12:23 PM

Rossa ambil tindakan undang-undang terhadap puluhan fitnah tentang dirinya

Rossa, fitnah Rossa, pembedahan plastik Rossa, UUITE Indonesia, saman media sosial, berita hiburan Indonesia, manipulasi kandungan digital.
Kandungan manipulasi tersebar meluas di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, Instagram dan Threads sehingga menjejas reputasi Rossa. - Foto INSTAGRAM ITSROSSA910

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, mengambil tindakan undang-undang terhadap puluhan akaun media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengeluarkan notis tuntutan.

Memetik laporan portal detik.com, pihak pengurusan Rossa memaklumkan langkah itu diambil susulan penyebaran pelbagai kandungan berunsur manipulasi yang menjejaskan reputasi penyanyi berkenaan.

Wakil pasukan guaman Rossa, Natalia Rusli, dilaporkan berkata antara kandungan dikenal pasti termasuk video dimanipulasi dengan menggabungkan rakaman asal penyanyi itu bersama suara atau naratif pihak lain, sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah maklumat negatif yang disampaikan adalah benar, lapor Berita Harian Malaysia.

Katanya, kandungan seumpama itu dikesan tersebar meluas di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, Instagram dan Threads.

“Lagu milik Rossa turut disunting serta digabungkan dengan kandungan berkenaan sehingga seolah-olah laporan itu benar-benar berlaku,” katanya.

Antara fitnah yang mendapat perhatian adalah dakwaan kononnya Rossa mengalami kegagalan pembedahan plastik, sedangkan perubahan penampilan yang dipaparkan dalam video terbabit hanyalah hasil solekan oleh jurusolek profesional.

Pihak pengurusan menegaskan tindakan pemilik akaun terbabit merupakan pelanggaran undang-undang serius, termasuk di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UUITE) berkaitan manipulasi kandungan digital.

“Kami menyertakan peruntukan undang-undang yang akan digunakan untuk membuat laporan sekiranya kandungan tidak bertanggungjawab itu tidak diturunkan, iaitu Seksyen 32 ayat (1) bersama Seksyen 48 UUITE berkaitan manipulasi kandungan.

“Hukuman maksimum adalah penjara lapan tahun dan denda sehingga dua bilion rupiah ($148,302),” kata Natalia.

Sehubungan itu, pihak pengurusan memberi tempoh kepada pemilik akaun terbabit untuk memadam kandungan berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg