Premium
Prodigi piano M'sia adakan konsert
Jan 23, 2015 | 6:51 AM
GENIUS PIANO: Pemain piano dan penggubah dari Malaysia, Tengku Ahmad Irfan Tengku, 16 tahun, yang dianggap seorang 'prodigi' akan membuat persembahan konserto bersama Orkestra Simfoni Singapura pada 30 Januari ini. - Foto SINGAPORE SYMPHONY ORCHESTRA -
USIANYA baru 16 tahun tetapi Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal sudah cemerlang bermain piano dan memaparkan kecanggihan dalam gubahan muzik.
Beliau dianggap sebagai seorang prodigy atau remaja genius dari Malaysia yang telah melakukan improvising (menghasilkan sesuatu secara spontan) pada kadenza Konserto Piano (WoO4) oleh Beethoven semasa membuat persembahan solo bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pada usia 11 tahun.

