SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi Sheqal hembus nafas terakhir dalam tidur

Penyanyi Sheqal hembus nafas terakhir dalam tidur

Jun 17, 2025 | 3:11 PM

Penyanyi Sheqal hembus nafas terakhir dalam tidur

Sheqal, meninggal dunia, penyanyi
Penyanyi Sheqal meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada 12.31 tengah hari 17 Jun. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sheqal menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada 12.31 tengah hari 17 Jun.

Berita pemergian penyanyi lagu Cinta Nusantara itu dimaklumkan isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58 tahun, ketika dihubungi BH Online.

“Ya, arwah meninggal dunia di hospital. Tapi, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan dalam tidur,” katanya dalam nada sebak.

Normah berkata jenazah sedang diuruskan di hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang.

“Arwah akan dibawa dikebumikan di kampungnya di Raub,” katanya.

Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60 tahun, dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun dan telah ditidurkan pada 6 Jun.

Menerusi perkahwinan dengan bekas isteri, pelakon dan penyanyi Raja Ema, Sheqal dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.

Manakala perkahwinan dengan Norma dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21 tahun dan Ummu Hani Shaharim, 20 tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg