Topik diikuti
Pergi ke BHkuNyanyian tulus anak Amyza Aznan, Adrian sentuh hati penonton
Nyanyian tulus anak Amyza Aznan, Adrian sentuh hati penonton
Nyanyian tulus anak Amyza Aznan, Adrian sentuh hati penonton
Anak kedua pelakon Malaysia, Amyza Aznan, iaitu Adrian Adam, menarik perhatian ramai di media sosial selepas muncul dalam program, Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), pada 17 Mei.
Terdahulu, pada awal Februari, Amyza didapati berkongsi keadaan kesihatan Adrian di media sosial yang disahkan menghidap barah tulang dan memohon doa ramai agar kesihatan anak lelakinya kembali pulih.
Adrian, 18 tahun, atau mesra disapa Ian tampil berkerusi roda menyanyikan lagu, Ku Mohon, dendangan asal Datuk Sheila Majid, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali gus mengundang sebak ramai, lapor Harian Metro.
Menerusi beberapa hantaran persembahan Adrian yang dikongsikan Amyza, 50 tahun, di Instagram serta Instagram Story (IGs) miliknya menuai pujian netizen dengan menyifatkan remaja itu menang tanpa bertanding.
Rata-rata komen ditulis warga maya juga mendoakan agar Adrian cepat sembuh dan boleh mengejar impian dalam bidang seni.
Difahamkam, dia sepatutnya menjadi antara peserta TTMM2, namun menarik diri atas faktor kesihatan.
“Ramai orang sayang Ian (Adrian), sedap suara. Moga cepat sembuh anak,” tulis netizen.
“Sebak tengok persembahan anak Amyza. Tapi dia kuat dan tenang,” kongsi netizen.
“Terus kuat Ian, anak soleh Amyza. Pandai dia ‘control’ suara. Tahniah,” kata seorang pengguna media sosial.
“Hebat dan semoga sihat Adrian. Sedap nyanyi. Persembahan menusuk jiwa,” ujar seorang netizen.
Berkongsi kepada pihak media Malaysia selepas persembahan itu, Adrian berkata lirik lagu ‘Ku Mohon’ berkait rapat dengan kehidupan dirinya dan ingin membawa persembahan di mana semua penonton dapat memahaminya.
Difahamkan Adrian turut menerima tawaran untuk merakam lagu sejurus selepas membuat persembahan di TTMM2 dengan Amyza menerima pesanan ringkas daripada seorang komposer 30 minit selepas persembahan anaknya.
Terdahulu, Amyza pernah menyertai pertandingan, Famili Duo, bersama Adrian pada 2021.
Pada 23 Februari lalu, Amyza kehilangan anak sulung iaitu Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 20 tahun, yang meninggal dunia akibat barah paru-paru tahap tiga di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
