SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

FEMININ nafi bersara daripada dunia hiburan

FEMININ nafi bersara daripada dunia hiburan

Apr 1, 2026 | 10:03 PM

FEMININ nafi bersara daripada dunia hiburan

Kumpulan Feminin yang terdiri (dari kiri) Along, Watie dan As, menafikan dakwaan kumpulan itu tidak lagi berkecimpung dalam dunia hiburan Malaysia.
Kumpulan Feminin yang terdiri (dari kiri) Along, Watie dan As, menafikan dakwaan kumpulan itu tidak lagi berkecimpung dalam dunia hiburan Malaysia. - Foto fail

Kumpulan Feminin, yang popular antara 1992 dengan 1999, dan dianggotai oleh Asfarina Muhamad (As), Ruzilawati Muhamad (Watie), Nor Askiela Zainal Abidin (Along), Andriaty Abdul Rahman (Yatie), dan Noor Intan Zanariah Abdul Zaharin (Deq Noor), menafikan dakwaan mereka telah mengundurkan diri daripada dunia hiburan Malaysia.

“Terus terang saya kata sebenarnya saya pun tak tahu siapa yang kendalikan akaun itu.

“Malah, kami (Feminin) tak pernah tahu siapa mereka,” kata vokalis Feminin, As, 51 tahun, dalam laman web, Harian Metro.

As berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hantaran kumpulan Feminin di Threads yang memaklumkan pengunduran mereka daripada bidang seni.

Menurut As, beliau pernah bertanya tentang kewujudan akaun Feminin sebelum ini, namun pihak terbabit hanya menjawab biar mereka yang berada di belakang tabir menguruskannya.

“Kami memang tak tahu siapa sebenarnya.

“Entahlah, memang tak tahu. Saya tak tahu kalau ditanyakan perkara ini, kerana saya jarang buka media sosial sekarang.

“Tak ada masa untuk ‘layan’ benda ini. Apabila baca, saya ingatkan mungkin dia tulis itu kerana nak tutup akaun terbabit. Saya tak tahu sebenarnya cerita apa.

“Saya pun dah menghubungi abang Edd (pengasas dan pengurus Feminin) dan beliau kata, tak tahu nak cakap apa sebab kita tak kenal siapa mereka dan mereka yang buat akaun itu,” ujarnya.

As turut mengakui tidak pasti dari mana pihak terbabit memperoleh maklumat yang mendakwa Feminin telah bersara, sekali gus menyatakan beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, kumpulan yang popular dengan lagu Untukmu, itu tampil membuat persembahan semasa Konsert GenKRU, di Axiata Arena, Bukit Jalil, sekitar Kuala Lumpur, Malaysia, pada Mei 2025.

Walaupun hanya menampilkan As, Watie dan Along, tanpa kehadiran Yatie, dan Deq Noor, peminat tetap memberikan sambutan hangat terhadap persembahan mereka.

“Terkejut itu tak adalah, cuma tak tahu dari mana dia dapat berita itu.

“Entahlah, itu yang kami macam keliru sekejap pasal kami tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan pun.

“Itu yang terkejut bila tiba-tiba keluar berita ini. Jadinya, kami keliru sama ada dia nak tutup akaun atau bermaksud nak umumkan kami sudah bersara,” ujar As.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg