KALAU ditanya apakah cogan kata yang meniup semangat baru buatnya dalam apa jua krisis kehidupan, Cef Siti Mastura Alwi tidak akan teragak-agak untuk berkata "Pelajari kemahiran baru".

Dalam dunia tidak menentu yang kini dilanda wabak Covid-19 yang melenyapkan nyawa senyap-senyap mahupun meragut pekerjaan di pelbagai sektor, kemahiran seperti memasak dan membakar kek atau pastri itulah yang menjadi sandaran beberapa pelajarnya.