SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Azza Elite hadkan hadir ke rumah terbuka demi anak istimewanya

Azza Elite hadkan hadir ke rumah terbuka demi anak istimewanya

Bimbang timbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah atau tetamu lain
Apr 14, 2026 | 7:28 PM

Azza Elite hadkan hadir ke rumah terbuka demi anak istimewanya

Azza Elite, anak autisme Azza Elite, Muhammad Adam, tips ibu anak autisme, rumah terbuka raya, berita artis Malaysia, kesedaran autisme, ketidakselesaan
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite bersama anaknya, Muhammad Adam, yang mempunyai autisme. - Foto INSTAGRAM AZZAELITE

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Azza Elite, 49 tahun, memilih mengehadkan kehadiran ke majlis rumah terbuka sebagai langkah menjaga keselesaan serta kesejahteraan anak istimewanya, Muhammad Adam, 8 tahun, yang mempunyai autisme.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari berkata keputusannya itu bukan kerana enggan bergaul, sebaliknya bimbang kehadirannya bersama anak boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah atau tetamu lain, lapor Berita Harian Malaysia.

“Jika jemputan rumah terbuka dibuat di dalam rumah, saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir.

“Saya risau kehadiran saya dan Adam akan menimbulkan suasana tidak selesa.

“Adam kan punya autisme, mungkin dia akan usik barang atau permainan. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak hadir,” tulisnya di Threads.

Bagaimanapun, anggota kumpulan Elite itu tidak menolak untuk menghadiri majlis yang diadakan di kawasan terbuka atau menggunakan khemah.

“Kalau ada khemah, tidak mengapa sebab saya tahu Adam boleh berkelakuan baik. Tapi dia tetap kanak-kanak, tambahan pula autisme.

“Kalau nampak permainan, dia mungkin akan ambil. Jadi lebih baik saya elakkan hadir,” katanya.

Menurut Azza, beliau sentiasa memberi perhatian penuh terhadap anaknya walau di mana berada kerana tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Saya memang sangat berjaga-jaga. Kalau dengan anak, perhatian saya hanya pada dia sahaja walaupun saya berada di tempat ramai,” katanya.

Azza turut berkongsi pengalaman menyedihkan apabila anaknya pernah dipinggirkan serta berdepan situasi kurang menyenangkan.

“Saya pernah lihat ada orang merampas mainan daripada anak saya. Ada juga kanak-kanak yang tidak mahu berkawan dengannya kerana dia punya autisme.

“Sebagai ibu, saya sedih melihat keadaan itu,” katanya.

Tambah Azza, beliau tidak sanggup jika ada pihak yang bercakap perkara tidak baik mengenai anaknya, justeru memilih untuk lebih berhati-hati dalam setiap keadaan.

“Mainan kereta jangan cakaplah, di rumah memang banyak. Tapi itu bukan soal utama.

“Sebagai ibu, saya hanya mahu lindungi anak saya sebaik mungkin,” katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg