SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Afgan kini di Madinah, bakal tunai haji 

Afgan kini di Madinah, bakal tunai haji 

May 30, 2025 | 5:34 PM

Afgan kini di Madinah, bakal tunai haji 

afgan, madinah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, memuat naik beberapa hantaran menunjukkan beliau berada di Madinah. - Foto INSTAGRAM AFGAN

Beberapa hari selepas meraikan ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei, penyanyi Indonesia, Afgan, kini berada di Madinah sebelum ke Makkah untuk mengerjakan haji.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, memuat naik beberapa hantaran menunjukkan beliau berada di sana, lapor Harian Metro.

Dalam salah satu hantaran, penyanyi lagu, Pada-Mu Ku Bersujud, dilihat bersiar-siar di sekitar Masjid Nabawi dan menikmati suasana musim haji yang bakal bermula 4 Jun ini.

Afgan bagaimanapun tidak berkongsi sebarang kenyataan dalam hantarannya, namun beberapa peminat turut mengucapkan ucapan selamat menunaikan haji di Instagramnya dalam hantaran lain.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg