Topik diikuti
Pergi ke BHkuWALAUPUN sudah berjaya sebagai penyanyi solo, Tomok sentiasa mencari peluang kembali menampilkan band yang pernah bersamanya, New Boyz.
Bahkan, Tomok berkata beliau kini berusaha mengumpulkan anggota kumpulan itu agar sama-sama menyertainya dalam konsert Tomok Vs Black - In The Spotlight yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur, pada 28 November ini.
